Lelaki Mati Selepas Makan Kari Dimasak Isteri

[x]

Lelaki Mati Selepas Makan Kari Dimasak Isteri

on Wednesday, 30 October 2013

Seorang lelaki menemui ajal selepas beberapa minit makan kari yang dimasak oleh isterinya.

Lelaki itu, Marcus Sweet, 46, rebah dan meninggal dunia akibat alergik kepada santan.

Kejadian berlaku selepas Sweet yang baru pulang ke rumah, telah diberikan kari yang dimasak oleh isterinya untuk hidangan makan malam.

Meskipun kuah kari itu hanya dimakannya dalam jumlah yang sedikit, namun Sweet kemudiannya berasa sakit tekak dan telah meminta isterinya memanggil ambulans untuk ke hospital.

“Dia memaklumkan kepada saya bahawa tekaknya sangat sakit dan saya telah menghubungi ambulans. Ketika ambulans tiba dalam masa empat minit, mereka mendapati suami saya sudah bertukar menjadi biru.

“Markus tidak kelihatan `baik’, dan sangat jelas bahawa dia sedang sakit,’’ kata Julia ketika memberikan keterangan dalam inkues yang diadakan bagi menyiasat kematian penyelia kebersihan itu.

Julia juga memberitahu bahawa suaminya pernah makan kelapa namun tidak pernah merasa santan.

Inkues tersebut juga mendengar bagaimana Sweet, yang mempunyai seorang anak yang masih kecil itu, mengalami serangan jantung dan kemudiannya meninggal dunia biarpun ketika itu terdapat ramai anggota paramedik dan ambulans.

Ia diadakan selepas keluarganya mendakwa, anggota paramedik yang pertama merawat mangsa iaitu Vic Ward, telah gagal melakukan tindakan sewajarnya untuk menyelamatkan Sweet dalam kejadian yang berlaku pada November 2011 itu.

Mereka mendakwa Ward hanya berdiri di situ.

Sementara Ward pula berkata, dia tercegat di situ kerana ini merupakan kes yang paling teruk pernah ditanganinya sepanjang 30 tahun bertugas sebagai anggota paramedik.

“Saya menjadi kelu hampir beberapa minit sebelum sedar semula dan memikirkan apa yang perlu dilakukan bagi menyelamatkan mangsa,’’ katanya.
sumber: Mynewshub
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved