Selepas beberapa hari, akhirnya selebriti ini mengambil keputusan untuk membuat pengumuman rasmi sekaligus menamatkan tanda tanya di kalangan peminat tentang tindakan drastik yang diambilnya sebelum ini.
"Saya memang mengambil keputusan untuk meninggalkan stesen radio Hot FM tetapi bermula Disember ini saya akan kembali ke stesen itu sebagai penyampai sambilan sahaja. Saya akan ke udara pada hujung minggu sama ada Sabtu atau Ahad.
"Saya mengambil langkah ini untuk memberikan tumpuan kepada perniagaan yang saya jalankan iaitu FBI Entertainment yang saya usahakan bersama isteri. Saya mahu pecahkan kepompong, luaskan pengalaman dan mencabar diri untuk terlibat dalam bidang perniagaan pula dan saya mahukan perubahan dalam hidup.
"Selepas ini, perniagaan adalah keutamaan. Setakat ini, saya tidak berminat langsung untuk ke stesen radio lain seperti yang diperkatakan ramai. Bagaimanapun saya masih mengacarakan rancangan televisyen seperti biasa," ujarnya dalam satu sidang media khas pengumuman tersebut yang diadakan di Marche, The Curve sebentar tadi.
sumber: Kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment