Nampaknya idea Fizo Omar selama 3 hari untuk memberi kejutan dan melamar kekasih hatinya Mawar Abdul Karim sebagai isteri di dalam panggung wayang membuahkan hasil dan menjadi kenangan manis buat mereka.
Mawar yang ditemui selepas kejutan itu berlangsung mengakui bahawa Fizo adalah cinta pertamanya dan tidak pernah bercinta sebelum itu. Mawar juga tanpa berselindung berkata dia sengaja menjual mahal kepada Fizo yang cuba mendekati dirinya kerana mahu melihat kesungguhan pelakon kacak itu mendapatkan dirinya.
“Fizo adalah cinta pertama saya dan sebelum ini saya tidak pernah bercinta kerana begitu dijaga oleh keluarga,” akui bakal isteri Fizo Omar, Mawar Abdul Karim,24, kepada media.
Menceritakan pengalamannya menerima lamaran romantis dihadapan ramai orang itu, Mawar pada mulanya sudah dapat merasakan sesuatu kerana ada beberapa perkara yang agak pelik yang dilakukan oleh Fizo.
“Fizo mengajaknya menonton wayang sebelum menghadiri sidang media yang dikatakan akan diadakan pada sebelah petang.
Tetapi, saya dapat merasakan sesuatu akan berlaku apabila muncul babak lakonan Fizo bersama pelakon cilik, Mia Sara di layar dan turut melibatkan ibu saya.
“Fizo kata petang nanti (semalam) ada sidang media untuk umumkan tarikh perkahwinan kami dan dia ajak saya menonton wayang terlebih dahulu.
“Memang pelik dan terdetik juga, ‘biar betul dia ni’, tapi saya ikutkan sahaja. Malah selepas masuk dalam pawagam dan dia minta izin untuk ke tandas, saya masih tidak rasa apa-apa sehinggalah muncul video tersebut baharu saya rasa sesuatu,” katanya.
Ditanya jawapan “Ya” diberikan kepada Fizo disaat lamaran itu, Mawar akui amat tersentuh dengan kesungguhan hati Fizo untuk mendapatkan dirinya.
“Sudah tentu saya kata ‘ya’ kerana persiapan telah pun bermula tetapi kesungguhannya amat menyentuh hati saya,” jelasnya.
sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment