Aril AF Bakal Bernikah?

[x]

Aril AF Bakal Bernikah?

on Wednesday 30 October 2013

Difahamkan Aril telah pun bertunang dengan wanita dan mereka dikatakan sedang merancang untuk mengadakan majlis pernikahan dalam masa terdekat.
Menurut sumber-sumber terdekat, wanita tersebut dipercayai berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan luar negara.

Foto mesra Aril bersama wanita tersebut

Setakat ini, masih belum ada berita rasmi dari pihak Aril. Namun apa yang pasti, melalui perkongsian foto-foto yang diberikan, mereka kelihatan sangat mesra dan boleh dikatakan sebagai pasangan yang memang sedang hangat bercinta.
Sekeping kad kahwin juga turut dihantar dan dipercayai nama wanita bersama Aril.

Kad kahwin yang tertulis nama Puteri Erma Edlinda

Dalam pada itu, menerusi salah satu foto yang dikongsikan, wanita tersebut turut dilihat sedang mencuba sepasang gaun pengantin berwarna putih dan berkemungkinan besar, busana tersebut akan digayakan oleh wanita tersebut sewaktu hari pernikahan mereka nanti.
Puteri Erma Edlinda-8

Puteri Erma Edlinda-1
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved