Terkini, menerusi sebuah akhbar Sharifah Sakinah dikatakan telah putus cinta dengan teman lelakinya Ahmad Albab yang juga merupakan anak kepada pelakon Erma Fatima dan Bade. Ikuti coretan dari pengarang tersebut dibawah.
SYED ingatkan hubungan cinta Sharifah Sakinah dengan Ahmad Albab tu bertahan lama rupa-rupanya kisah cinta mereka sudahpun berakhir kira-kira 2 bulan yang lalu.
Betulkah dah putus? Syed tak percaya juga pada mulanya tapi bila ada yang menyampaikan cerita tersebut sebab kisah cinta artis ni boleh putus dan sambung bila-bila masa.
Bila Sakinah jadi muka depan Pancaindera minggu lalu, ada sumber rapat yang menyampaikan cerita pada Syed tentang kesahihan cerita tersebut.
Kata sumber ini sudah dua bulan Sakinah dan Albab putus cinta. Tak diberitahu pula apa sebabnya sampai pasangan ini ambil keputusan untuk berpisah.
Kalau ada yang tak tahu, Albab merupakan anak angkat kepada pasangan Erma Fatima dan Bade Haji Azmi. Malah sebelum ini pun mereka ada memberikan reaksi baik terhadap hubungan cinta anaknya bersama Sakinah.
Baik Erma mahupun Bade masing-masing tak kisah jika Sakinah menjadi menantu mereka walaupun ramai yang tahu perangai 'gila-gila' Sakinah sejak dulu lagi.
Tak mengapalah masing-masing pun masih muda tak perlu nak meratap sangat kisah putus cinta ini. Banyak lagi hal-hal lain yang perlu diberi perhatian.
sumber: Kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment