“Saya tak nak buat pelancaran album yang biasa-biasa, jadi kita adakan showcase ni. Ia hadiah buat peminat dan media tanda penghargaan saya kepada semua yang menyokong saya selama ini. Dalam album ni dirakamkan secara live, jadi saya nak peminat pun sama-sama menikmati lagu dalam album ni pada persembahan live saya.
“Alhamdulillah saya berpuas hati dengan persembahan saya tadi walaupun dalam masa yang singkat. Sambil-sambil saya lebih intim dengan peminat”, kata Shila Amzah ketika ditemui sejurus usai persembahannya.
Shila merupakan salah seorang daripada lima penyanyi bukan berbangsa Cina paling popular yang di China yang akan membuat persembahan sempena hari kemerdekaan yang ke-64 negara republik itu pada 24 Oktober ini. Kemudian, Shila akan kembali ke studio bagi menyudahkan album Mandarinnya.
“Album Mandarin saya diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat pengurusan saya di Shanghai. Setakat ni sudah ada 6 lagu. Kini dalam perancangan mempromosikan single pertama saya, A Moment Like This.
“Selain itu rutin saya, saya masih lagi mengikuti kelas Mandarin”, katanya juga menyatakan semakin tenang dan bahagia dengan kehidupan sekarang selepas melalui pelbagai dugaan beberapa bulan lalu.
Ikuti perkembangan terkini Shila Amzah di facebook fans page beliau : Shila Amzah
Berikut adalah beberapa keping gambar Shila Amzah di tanah besar China:
sumber: http://syokbah.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment