Bangga curi beg tangan berisi wang RM11,148

[x]

Bangga curi beg tangan berisi wang RM11,148

on Monday 28 October 2013

Gambar Hiasan

Kuwait: Seorang remaja pulang ke rumah, membawa bersama-samanya sebuah beg tangan wanita dan tersenyum apabila ditanya mengenai beg itu oleh kakaknya.
Bagaimanapun, kakaknya tidak membalas senyuman itu apabila remaja berkenaan dengan bangga berkata, dia mencuri beg itu dari sebuah kereta dan mendapati ia mengandungi wang berjumlah Dh13,000 (RM11,148) serta beberapa matawang Iran.

Mengetahu perkara itu, kakaknya merampas beg berkenaan dan membawanya ke balai polis.]
Dia memaklumkan kepada pihak polis bahawa adiknya mencuri beg itu dan dia mahu mengembalikannya kepada tuannya.

Polis memuji kejujuran gadis berkenaan.

Pemilik beg berkenaan yang dipanggil polis, turut memujinya. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved