Lagi Kes Tembakan di Bank

[x]

Lagi Kes Tembakan di Bank

on Thursday 31 October 2013

Seorang pengawal keselamatan menimbulkan kekecohan seketika di sebuah bank di Datuk Keramat, Georgetown di sini apabila dia secara tidak sengaja melepaskan tembakan dari senapangnya, pada hari Rabu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata lelaki tempatan berusia 53 tahun itu sedang bertugas di belakang kaunter bank dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi. Beliau berkata, tembakan telah tersasar ke lantai dan tiada siapa yang cedera.

"Kami sedang menyiasat kes itu daripada semua aspek dan kita juga akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap latar belakang pengawal itu," katanya di tempat kejadian di sini.

“Kita turut menyiasat berapa lama dia telah bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau menambah pengawal telah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api. Tembakan pump gun itu menembusi lantai jenis playwood dan tiada kecederaan dilaporkan.

Dalam perkara yang berkaitan,Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menolak rayuan syarikat kawalan keselamatan Prima Security, majikan pengawal keselamatan yang menembak mati Pegawai Ambank di USJ Sentral di Selangor 24 Oktober lalu agar lesen syarikat tersebut dibatalkan.

Difahamkan, Menteri KDN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakann KDN telah pun menolak rayuan mereka dan lesen syarikat berkenaan dibatalkan mulai hari ini.
sumber: Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved