Ida Nerina Sensitif Dengan Wartawan?

[x]

Ida Nerina Sensitif Dengan Wartawan?

on Monday, 28 October 2013

 Apa kes sebenarnya apabila terdapat wartawan hiburan yang dilihat agak bengang dengan sikap sensitif pelakon Ida Nerina? Ikuti petikan berita hiburan dibawah untuk mengetahui cerita selanjutnya.

Hairan Sha dengan perangai Ida Nerina. Selama ini ada saja perkara yang mencetuskan rasa kurang senang antaranya dengan pengamal media Melayu. Benda ini bukan baru kerana dari dulu lagi mulutnya lantang bersuara.

Pantang ada yang tak kena di matanya, dia akan naik hantu dan bercakap sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Terbaru, dia sekali lagi ‘mengamuk’ dek kerana isu berkerusi roda. Persoalannya, besar sangatkah perkara itu baginya? Padahal Sha tak nampak pula artikel yang ditulis rakan media Melayu berbaur menghina atau merendah-rendahkan keadaannya itu. Kalau diamati, penulisan itu bersifat positif di mana rakan-rakan Sha menghormati dan kagum dengan semangatnya.

Walaupun kini berkerusi roda, Ida masih rancak berkarya dan memperjuangkan semangat feminisme. Sewajarnya Ida menjadi contoh terbaik buat penggiat seni jangan letakkan limitasi dalam berkarya. Sayang 1,000 kali sayang, Ida seolah melihat itu sebagai satu penghinaan kepada dirinya dan melenting kepada beberapa media. Tidak dinafikan dia ada beritahu jangan tulis pasal kerusi roda kepada beberapa kenalan wartawan tetapi bukan semua tahu permintaannya itu.

Kalau nak diungkit, ketika sidang media projek Ikal Mayang yang diusahakan bersama beberapa kenalan artis, ramai wartawan sentap dengan sikapnya. Bukan main lantang lagi dia menyindir wartawan yang hadir apabila beberapa minit terawal majlis itu tidak ada yang bertanya soalan. Ketika itu mungkin masing-masing berfikir apa soalan mahu dilontarkan kerana mereka mahu berikan promosi terbaik kepada projek yang mengangkat isu wanita itu.

Kemudian ia berpanjangan dengan isu kerusi roda. Kenapa perlu bising walhal sebagai pengarah kreatif, dia perlu fikirkan rakan-rakannya yang terbabit dalam projek itu. Projek itu perlukan publisiti bagi mendapatkan dana sebanyak mungkin.

Hanya kerana tidak puas hati perihal kerusi roda, dia sudah cari pasal dengan wartawan Melayu. Kot ia pun tak puas hati, pejam mata sekejap untuk bantu rakannya. Kenapa perlu pentingkan diri sendiri. Bagi Sha, ayat dia berkerusi roda bukanlah satu perkara mengaibkan jadi tak payahlah berkira sangat. Kalau nak sensitif pun biarlah bertempat.

Selepas insiden ini, ramai wartawan Melayu sudah bosan dengan kerenahnya itu dan mengambil keputusan untuk tidak melayaninya lagi. Biar wartawan medium berbahasa Inggeris dan bahasa lain saja bagi liputan. Kalau orang dah tak sudi, kita pun tak hadap!

#Apa kes pulak yang Ida Nerina sampai guna kerusi roda ehh???
sumber: Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved