Industri Lakonan Tiada Masa Depan – Soffi Jikan

[x]

Industri Lakonan Tiada Masa Depan – Soffi Jikan

on Wednesday, 30 October 2013


Semalam, pelakon yang sinonim dengan watak antagonis, Soffi Jikan mengaku ingin bersara daripada bidang lakonan kerana merasakan industri seni ini sudah tiada masa depan buat dirinya.

Tambahan pula, dengan adanya isu kecurian dalam filem KL Gangster baru-baru ini turut menyebabkan Soffi merasa sangat kecewa dan sedih.

Saya memang nak berhenti berlakon, tetapi tidak secara literally, ia cuma sekadar spiritually sahaja. Maknanya pada ketika ini hampir semua jiwa raga saya dah remuk terhadap industri dan bidang lakonan.

Perkara ini berlaku apabila saya lihat dengan mudahnya filem KL Gangster tidak dijaga dengan baik dan bukan itu sahaja, saya juga lihat sebagai pelakon, kami bekerja hampir 20 jam sehari, tetapi kebajikan kami tidak dijaga dengan baik.

Sebelum ini dah banyak filem blockbuster saya buat, tapi saya tak nampak masa depan dan seolah-olah tiada sebarang jaminan.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu persaraannya itu, Soffi turut melahirkan rasa kesal apabila terdapat segelintir produksi memandang rendah terhadap dirinya dan menyifatkan Soffi sebagai aktor yang hanya mampu membawa watak sampingan, berbanding watak utama dalam sesebuah filem.

Saya mesti bersikap demand dan kalau boleh, dalam satu projek, saya perlu dibayar dalam enam angka. Sebelum ini hampir semua penerbit di Malaysia, saya pernah bekerjasama.

Lagipun sebelum ini saya pernah bekerja di belakang tabir. Semua department saya pernah rasa, sehingga sampai satu tahap, saya rasa bosan dan ambil keputusan untuk menceburi bidang lakonan pula.

Saya pertaruhkan maruah dan hati saya untuk bidang ini tapi orang pandang saya sebelah mata sahaja. Bagi bayaran murah, watak yang sama setiap masa, seolah-olah tiada tempat buat saya dalam industri lakonan.

Saya mengaku, memang bayaran saya masih lagi pada tahap rendah berbanding pelakon lain.

Berikutan isu ini, aktor tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk membuka syarikat produksinya sendiri yang diberi nama sebagai Iman Filem Sdn Bhd. Menurut Soffi, selepas ini dia hanya akan bekerjasama dengan penerbit-penerbit yang mampu menjaga kebajikan serta kepentingan artis di bawah naungan mereka sahaja.

Beralih kepada perkembangan terbaru, Soffi bakal muncul dengan filem lakonannya berjudul Hantu Tok Mudim, terbitan Showbiz Production yang akan ditayangkan pada 21 November ini. Filem komedi seram tersebut turut dibarisi oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Izzue Islam, AR Badul, Harun Salim Bachik dan Adrea Abdullah.
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved