Rotikaya.com Promosi Portal Shah Jaszle Untuk Dijual

[x]

Rotikaya.com Promosi Portal Shah Jaszle Untuk Dijual

on Wednesday 30 October 2013


 Sebelum ini rotikaya.com mendedahkan kepada umum dan orang ramai yang tertunggu tunggu kemunculan Portal Shah Jaszle yang akan dikendalikan oleh adiknya dan artis tersebut. Pada pandangan penulis untuk menceburi didalam satu bidang yang belum kita tempohi sepatutnya kita harus menganalisa dahulu luangan masa kita untuk menceburi bidang baru sebelum kita war warkan kepada masyarakat umum.

Shah Jaszle selepas bergelut dengan isu tangkapan khalwat yang masih menjadi kes mahkamah ketika ini, Shahz Jaszle nampaknya ingin lebih fokus kepada perkembangan karier beliau dalam dunia hiburan.

Shahz Jaszle tidak boleh mengulas lanjut tentang isu tangkapan khalwat tersebut atas nasihat peguam dan akan di’bicarakan 12 November ini tetapi beliau tetap menegaskan yang dirinya di’perangkap.

Dalam masa yang sama, Shahz Jaszle bersama adiknya telah pun membuka sebuah portal hiburan Jaszleworks Production (jaszleworks.com) yang merangkumi berita artis dan dunia hiburan secara amnya.

Berikut adalah quote yang dipetik dari rotikaya.com


“Apa yang pasti, walaupun kandungan portal itu ada kaitan dengan kontroversi semasa tetapi ia tidak mengandungi sebarang artikel-artikel gosip, bertepatan dengan matlamat saya untuk menghargai penggiat seni,” jelas Shahz Jaszle lagi.

Tetapi apakah yang telah berlaku, kini domain jaszleworks.com untuk dijual. Huh penulis boleh anggapkan ini adalah satu usaha angan angan tahi ayam dari Shahz Jaszle sendiri.


sumber: http://aiskosong.com/


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved