Gambar ini adalah gambar seorang nenek. Hanya selepas 3 tahun, baru cucunya menyedari bahawa dalam gambar itu juga ada datuknya yang telah lama meniggal dunia, seolah-olah berdiri di belakan nenek tersebut.
Kisah sebenar yang berkaitan gambar ini adalah dimana seorang ibu telah kematian seorang anak gadisnya yang berusia 17 tahun. Si ibu menangkap gambar kubur anaknya untuk dijadikan memori. Tetapi setelah filem foto itu selesai diproses, si ibu mendapati ada roh anak kecil di samping kubur anaknya. Setelah diselidiki, rupanya terdapat kubur anak kecil itu berdekatan kubur anaknya.
Seorang lelaki yang bernama Guy Winters dan kawannya, Terry melakukan siasatan pada sebuah mansion kerana terdapat orang mengadu dikacau oleh hantu di situ. Beberapa gambar dalam dan luar rumah diambil sebagai bukti penyiasatan. Semasa mengambil gambar itu, hanya gambar tingkap sahaja yang ditangkapnya. Tetapi selepas filem foto itu diproses, dia tidak menyangka ada hantu di situ.
Hantu ini dirakan di decebal hotel.
Gambar ini dirakam di kawasan taman. Sebenarnya, si photographer ingin mencuba beberapa scene yang cantik utnuk majlis perkahwinan nanti. Tetapi dia tak menyangka di dalam salah satu gambar yang dambilnya terdapat gambar anak kecil seperti sedang mengintai ke arahnya dari belakang rumah.
Gambar ini dirakam di dalam gereja oleh suami wanita berbaju kuning itu. Selepas filemnya diproses, dia mendapati seperti ada seorang lelaki yang duduk di belakangnya tetapi si suami sedar dia hanya menangkap gambar isterinya ketika itu. Ketika si suami isteri itu berjumpa dengan orang gereja, mereka diberitahu bahawa lelaki tersebut adalah orang yang selalu mengubati pesakit. Si isteri kemudian teringat yang dia sedang sakit ketika datang ke gereja dahulu.
Gambar ini diambil di dalam sebuah helikopter lama yang diguna sewaktu peperangan. Seolah-olah ada kelibat seorang pilot di sebelahnya. Ketika wanita itu duduk di dalamnya untuk mengambil gambar, dia terasa sejuk walaupun cuaca yang sebenarnya adalah panas.
sumber: http://sayanurazu.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment