Kalau Abang Nara duduk kat Pulau Pinang memang tiap-tiap hari Abang Nara akan pergi beli karipap Almy Nadia. Silap-silap siap borong satu kedai dengan Almy Nadia sekali. Hehehe. Kata Almy Nadia:-
Tawaran berlakon memang sudah lama tidak ada jadi daripada saya duduk tanpa berbuat apa-apa adalah lebih baik saya lakukan sesuatu untuk mengisi masa lapang dan mencari duit lebih seperti menjual karipap.
Alhamdulillah karipap yang dihasilkan bersama ibu iaitu inti kentang, ayam, daging dan sardin mendapat sambutan. Ada kalanya kami menerima tempahan dalam jumlah yang besar.
Saya seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan sesiapa walaupun tidak lagi mendapat tawaran berlakon dan sekurang-kurangnya rezeki menjual karipap itu halal.
Malah jika ada yang menjemput menghadiri acara hiburan dengan bayaran RM100 pun saya terima kerana itu adalah rezeki saya
Menurut Almy, kehadiran pelakon wanita baru dan ketidakpandaian dirinya melobi kepada penerbit merupakan salah satu punca ketiadaan tawaran lakonan. Kata Almy lagi:-
Perasaan rindu hendak berlakon itu memang ada tetapi nak buat macam mana tawaran memang tiada. Hendak meminta-minta saya segan kerana saya tidak pandai melobi penerbit.
Tambahan pula pelakon wanita baharu semakin ramai dan lebih menyerlah berbanding diri saya yang tidak seberapa ini.
Abang Nara memang tak boleh dengar ayat-ayat sedih daripada si Almy Nadia ini. Terasa nak bukak satu syarikat produksi sekarang jugak dan terus ambil Almy berlakon jadi heroin. Kesian la pulak. Tapi tak apalah Almy. Insya Allah kalau ada rezeki akan ada balik tawaran berlakon. Buat waktu ini, teruskan menjual karipap. Minggu depan Abang Nara turun Pulau Pinang untuk merasa karipap Almy. Info asal Mstar Online.
sumber:http://beautifulnara.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment