INFO KESIHATAN,Pukul punggung punca anak agresif

[x]

INFO KESIHATAN,Pukul punggung punca anak agresif

on Sunday 27 October 2013

imej google

New York: Satu kajian penyelidik menyatakan perbuatan memukul punggung kanak-kanak dengan tujuan mengajar mereka berkelakuan baik boleh memberi kesan sebaliknya.

Penyelidik mendapati kanak-kanak seawal usia lima tahun yang kerap dipukul pada bahagian punggung berkemungkinan cenderung bertindak agresif dan melanggar peraturan ketika berada di sekolah rendah.

Keputusan itu selaras dengan kajian masa lalu, kata penyelidik di Universiti Texas, Austin Elizabeth Gershoff yang mengkaji disiplin keibubapaan dan kesannya.

Pukul bukan cara terbaik 

“Tiada bukti bahawa memukul sesuatu yang baik untuk kanak-kanak. Memukul menunjukkan kekasaran sebagai cara menyelesaikan masalah, anda boleh memukul seseorang dan mendapat apa yang anda mahukan.

“Apabila kanak-kanak mahukan mainan budak lain, ibu bapa tidak mengajar mereka bagaimana menggunakan kata-kata atau bagaimana untuk berunding,” kata Gershoff yang tidak terbabit dalam kajian baru itu.

Walaupun banyak bukti kemudaratan dikaitkan dengan memukul, ia masih ‘pengalaman tipikal’ buat kanak-kanak Amerika syarikat, kata penulis utama kajian.

“Kebanyakan kanak-kanak pernah dipukul sekurang-kurangnya pada suatu tahap kehidupan mereka,” kata Michael MacKenzie, dari Universiti Columbia di sini.
- REUTERS
sumber: http://www.relevansokmo.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved