Tidak dapat dinafikan bahawa Siti Sarah Raisuddin pernah mengalami pertambahan berat badan sewaktu hamil dan selepas melahirkan anak.
Keadaan itu menyebabkan ramai peminat melahirkan rasa tidak percaya melihat berat badan Sarah naik mendadak walaupun baru mempunyai dua orang anak.
Namun begitu, baru-baru ini Sarah dilihat kerap berkongsi foto-foto terbarunya di Instagram menunjukkan perubahan dirinya yang semakin kurus.
Apa yang difahamkan, Sarah mengamalkan pengambilan jus pelangsingan badan yang menyebabkan berat badannya menurun secara berperingkat sejak beberapa bulan lalu.
Melihat kepada perubahan drastik penyanyi itu, sekali lagi peminat terkejut dan tertanya-tanya bagaimana Sarah boleh kembali kurus dalam masa singkat.
Malah ada yang berpendapat Sarah kelihatan lebih muda dengan bentuk badannya yang lebih langsing ini.
sumber: http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment