Nur Shazwanie (kiri) dan Nur Shazrinie berkongsi jantung dan hati.
Chukai: Bayi kembar siam yang berkongsi jantung dan hati, Nur Shazwanie dan Nur Shazrinie Zulkifli, meninggal dunia di Hospital Kemaman (HK) di sini, semalam.
Kanak-kanak berusia dua tahun yang mesra dipanggil Wanie dan Rinie serta bercantum di dada hingga perut itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.10 pagi di sisi ibu bapa mereka, Zulkifli Ngah, 43, dan Noraini Mohamad, 34.
Zulkifli yang bekerja sebagai penjual ikan berkata, anak kembarnya itu dimasukkan ke HK pada Jumaat lalu untuk menerima rawatan lanjut akibat demam dan selsema.
Bagaimanapun, beliau berkata, keadaan mereka mula kritikal pagi semalam sebelum disahkan meninggal dunia kerana komplikasi jantung.
Katanya, beliau yang ketika itu pulang ke rumah menerima panggilan telefon daripada isterinya pada jam 9.45 pagi bagi memaklumkan keadaan anak kembar mereka yang tenat.
“Saya bergegas ke HK dan membacakan surah Yasin kepada mereka. Kira-kira 10 minit selepas bacaan selesai, kedua anak saya menghembuskan nafas terakhir,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Kelahiran pada 2011 dapat liputan
Jenazah Nur Shazwanie dan Nur Shazrinie dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kuang di sini, jam 3.30 petang.
Kelahiran bayi kembar siam itu pada 22 September 2011 mendapat liputan meluas media kerana berkongsi jantung dan hati serta terpaksa tinggal lama di hospital.
Mereka juga pernah dihantar membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur dan Institut Jantung Negara untuk pemeriksaan bagi melihat sama ada pembedahan memisahkan mereka boleh dilakukan atau tidak.

sumber: http://www.bharian.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment