Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur
Bekas pengasuh Freddie Joseph dan teman lelakinya ditahan di ibu kota semalam, bagi membantu siasatan kes penculikan budak lelaki itu Jumaat lalu.
Wanita warga Filipina berusia 39 tahun dan rakyat tempatan berusia 59 tahun itu ditahan di sebuah unit pangsapuri di Taman Desa, di sini jam 11 pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata amah berkenaan pernah bekerja dengan ibu Freddie, Sarah Joseph dan berhenti enam bulan lalu.
Seorang lagi diburu Chin Wah berkata, seorang lagi suspek lelaki berusia 30-an yang dipercayai terbabit dalam kes sama sedang dijejaki polis.
“Kita ada alasan kukuh untuk menahan wanita ini bagi bantu siasatan. Dia (wanita Filipina itu) sebelum ini pernah berkerja sebagai pembantu rumah kepada keluarga Sarah dan datang ke sini pada 2004.
“Sekarang dia berkerja di rumah lain di Damansara dan tinggal bersama teman lelakinya,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pantai di sini, semalam.
Sehubungan itu, katanya, polis merampas beberapa barangan yang boleh dijadikan bahan bukti bagi membantu siasatan termasuk pendakwaan di mahkamah.
Ditanya sama ada teman lelakinya turut menjadi suspek utama kes berkenaan, katanya, agak awal untuk mengesahkannya dan pihaknya memerlukan seminggu untuk menyiasat keseluruhan kes.
Motif masih disiasat
“Motif utama suspek melarikan kanak-kanak itu juga masih disiasat, ”katanya.
Selain itu, katanya, tidak berlaku penderaan fizikal terhadap budak berusia 20 bulan itu. Dia dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan di hospital.
Dalam kejadian jam 6.10 petang Jumaat lalu itu, Freddie dilarikan seorang lelaki dan seorang wanita menggunakan kereta Toyota Camry berwarna putih dari rumahnya di Jalan Terasek 7, Bangsar.
Bagaimanapun, Freddie ditemui dalam keadaan selamat di Taman Tasik Titiwangsa oleh pemandu teksi, Dahlan Medani, 41, pada jam 12.20 tengah hari, kelmarin.

sumber: http://www.bharian.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment