Polis Minta 31 Geng "Tuhan Harun" Tampil Bantu Siasatan

[x]

Polis Minta 31 Geng "Tuhan Harun" Tampil Bantu Siasatan

on Tuesday, 12 November 2013

 Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menasihati orang ramai agar tidak membuat andaian kes tembak ketua penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) ada kaitan dengan Syiah.

Beliau juga dalam pada itu menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes tersebut atau menuding jari kepada mana-mana pihak.

"Hasil siasatan awal semalam mendapati suspek bukan berjubah tetapi memakai pakaian berwarna putih dan berbaju serta berseluar hitam selain memakai kopiah.

"Kita juga harapkan kerjasama orang awam untuk bantu kita kesan pelaku," kata beliau lagi.

Dalam kejadian 1.55 petang Ahad lalu, Mohd Raffli Abdul Malek, 49, maut selepas ditembak tiga das oleh seorang daripada tiga suspek yang datang berjumpa mangsa di kediamannya di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.


Media melaporkan Mohd Raffli ketika ini mengendalikan beberapa kes besar termasuk memantau kegiatan pengikut fahaman Syiah serta satu ajaran sesat dikenali 'Tuhan Harun'.

Mengulas perkembangan berkaitan, Khalid berkata polis sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam di setiap negeri bagi memastikan pengikut fahaman Syiah tidak menjadi golongan pelampau dan akhirnya militan.

"Jika jadi militan itu sudah jadi bidang kuasa polis," katanya. - Bernama
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved