PR1MA Hanya Bayar RM400~RM500 Sebulan Untuk Rumah Berharga RM200,000

[x]

PR1MA Hanya Bayar RM400~RM500 Sebulan Untuk Rumah Berharga RM200,000

on Wednesday, 13 November 2013

Adakah benar rumah yang berharga RM200,000 akan jadi rumah mampu milik bagi ramai rakyat Malaysia? Itulah kenyataan terbaru dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menerusi skim PR1MA. Apakah syarat untuk mendapatkannya? Kita tunggu pengumuman rasmi dari Perdana Menteri nanti.

Pembeli Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mungkin hanya akan membayar antara RM400 dan RM500 sebulan untuk sebuah rumah berharga RM200,000.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kadar tersebut jauh lebih rendah berbanding pinjaman bank komersial yang biasanya sekitar RM1,800 sebulan bagi membiayai pinjaman sebesar itu.

"Kalau gaji RM3,000 mana mampu nak bayar RM1,800. Ini berita gembira bila dia masuk pinjaman bersama dengan PR1MA nanti.

"Skim pinjaman ini akan diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Menurut Shahidan, PR1MA bukan sahaja membina rumah untuk rakyat tetapi juga menolong menyediakan pinjaman.

Shahidan yang enggan menjelaskan perkara itu secara terperinci berkata, skim tersebut sebahagian daripada pakej untuk membantu pemohon yang berjaya mendapat rumah PR1MA namun gagal memperoleh pembiayaan bank.

Kata Shahidan, sebanyak 6,174 unit PR1MA akan dibina di Negeri Sembilan, Selangor (8,872 unit), Kuala Lumpur (4,636 unit), Johor (7,539 unit), Pulau Pinang (2,510 unit), Kedah (1,349 unit), Perak (208 unit), Pahang (1,152 unit), Sabah (9,910 unit) dan Sarawak (1,877 unit).

Shahidan juga meminta pemilik tanah yang mahu membangunkan tanah mereka agar menghubungi pemaju PR1MA. - Bernama
sumber:Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved