Batman Suparman yang kini berusia 23 tahun yang dikenali sebagai “Batman anak kepada Suparman” ditangkap pada 19 Ogos 2013 lalu selepas satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia memasuki sebuah kedai pada waktu malam di dua lokasi berasingan.
Selain itu Batman juga mengaku bersalah atas pelbagai tuduhan lain, termasuk mencuri kad ATM abangnya dan membuat pengeluaran berjumlah Sg$850 dan mengambil dadah jenis heroin.
Terdahulu, Batman pernah popular di laman media sosial selepas foto kad pengenalan dengan namanya seperti “superhero” itu dimuat naik di internet sekali gus mendapat pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.
sumber:kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment