Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan polis kini memburu rakan jenayah suspek yang dikenali sebagai 'Joemar' kerana disyaki menyimpan sebahagian besar hasil rompakan.
"Joemar bukan pengawal keselamatan dan dia diburu bagi mengesan semula wang rompakan," kata beliau.
Khalid juga berkata, identiti sebenar suspek utama itu dikenali polis dan mengesahkan lelaki berusia 35 tahun tersebut berasal dari Sulawesi, Indonesia.
Suspek menggunakan nama dan kad pengenalan palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan sebuah syarikat kawalan keselamatan di ibu negara.
Dia berjaya diberkas oleh polis kira-kira pukul 7 pagi semalam di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor selepas diburu sejak 23 Okt lalu.
Polis juga berkata wang rompakan tak ditemui pada suspek.
Gambar di atas tersebar dan dikatakan gambar Joemar berdasarkan Facebook suspek.

sumber: http://kininews.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment