KUALA LUMPUR: Polis mengesan rakan suspek utama dalam kes menembak mati pegawai AmBank, Norazita Abu Talib dikenali sebagai Joemar yang dipercayai merancang kejadian samun itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Joemar yang juga rakan kepada suspek dikehendaki polis kerana bersubahat merancang kejadian samun itu dan menyimpan wang samun terbabit.
Menurutnya, nama sebenar suspek yang berjaya ditangkap adalah Laode Ardina Laode Rasila, 35, berasal Sulawesi, Indonesia.
--sumber: -Hmetro
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment