
“Hubungan saya dengan Almy seperti biasa. Kami baik dan masih berhubung seperti biasa cuma status kemarahan yang dipersoalkan sebelum ini saya sendiri pun tak tahu kenapa dan untuk siapa,” jelas Fizz Fairuz yang diminta mengulas isu tersebut.
“Perancangan untuk berkahwin saya adalah pada tahun hadapan jika tiada aral melintang tetapi masih belum mempunyai rancangan tarikh yang mana kerana kami mahu dahulukan majlis perkahwinan adik saya,” tambahnya lagi.
Menurut Fizz lagi dia yang sebelum ini dikatakan telah tersingkir dari Liga Lawak Superstar di TV3 menegaskan bahawa dia masih muncul dan hubungan bersama rakan sekumpulan Apa Kasih Toq, Kamal Adli sudah kembali seperti biasa selepas timbul salah faham antara mereka selepas dikatakan tidak dapat memberi komitmen.
sumber:kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment