Keluarga Tak Halang Hubungan Hazama Dan Genervie

[x]

Keluarga Tak Halang Hubungan Hazama Dan Genervie

on Sunday, 27 October 2013


 Kuala Lumpur, 25 OKT 2013: Penyanyi, Hazama Ahmad Azmi, 29, akui keluarga kedua-dua belah pihak tidak pernah menghalang hubungan cintanya yang terbaru bersama pemuzik wanita, Genervie Kam, 33.

Malah Hazama berkata dia dan kekasihnya yang berbeza agama itu sudah pun dibawa jumpa keluarga masing-masing.
"Keluarga saya mahu pun dia tidak pernah menghalang hubungan kami, malah kami sudah bawa berjumpa dengan keluarga masing-masing untuk diperkenalkan.


"Kami baru menjalinkan hubungan selama 6 bulan dan saya masih anggap kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing, namun tak dinafikan saya cukup selesa dengannya.

"Dia seorang yang sangat memahami akan diri dan kerjaya saya. Kami juga sekepala dalam banyak perkara mungkin kerana berada dalam satu industri.

"Malah, saya seronok bersamanya kerana kami banyak berbincang pasal muzik dan kerjaya bersama dan bukan hanya hendak bercinta sahaja,"katanya kepada murai.com.my selepas sidang media Anugerah Industri Muzik yang ke 20 (AIM 20) semalam.

Sejak awal bulan lalu, nama Hazama sering menjadi perbualan di kalangan media dan peminat kerana dikatakan sedang berkawan rapat dengan pemuzik itu yang juga seorsng pemain violin terkenal itu. Sebelum ini Hazama telah mejalinkan hubungan cinta selama 7 tahun dengan bekas kekasihnya.

Meskipun berbeza agama, Hazama memberitahu dia gembira kerana Genervie seorang yang terbuka dan minat untuk mengetahui beberapa perkara tentang agama Islam sejak mereka menjalinkan hubungan.

"Saya tak pernah memaksanya untuk mendalami agama Islam atau sebagainya sebaliknya saya lihat dia seorang yang suka bertanya mengenai beberapa perkara mengenai budaya Islam seperti mengapa orang Islam makan buah kurma ketika berbuka puasa.

"Saya hanya jawab dengan jawpan yang logik dan tanpa memberatkan dia mengenai Islam selebihnya. Terus-terang saya tidak mahu memaksanya untuk mendalami agama Islam atau memeluk Islam sebaliknya biarlah dia terima Islam dengan hati yang terbuka. Itu yang saya harapkan," luahnya lagi.
sumber: http://perihalnegara.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved