Jamie Foxx Teman Baru Katie Holmes?

[x]

Jamie Foxx Teman Baru Katie Holmes?

on Thursday, 17 October 2013



Aktor "Django Unchained", Jamie Foxx tampil memberi penjelasan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan romantik dengan bekas isteri Tom Cruise, Katie Holmes.

Dipetik daripada laporan Us Magazine, Foxx, 45, dalam satu temubual bersama Nancy O'Dell menerusi rancangan "Entertainment Tonight" menerangkan bahawa mereka hanya berteman biasa.

Hubungan mereka mula diperkatakan selepas dilihat menari bersama dan mesra dalam satu majlis amal tahunan Apollo di New York pada 24 Ogos lalu.
"Khabar angin tersebut adalah 100 peratus tidak benar. Malah agak kelakar bila memikirkannya kerana kami hanya menari bersama dalam satu majlis amal yang turut dihadiri oleh ramai orang," ujarnya.

Foxx dan Holmes sebelum ini pernah bekerjasama dalam filem "Collateral" pada tahun 2004.

Holmes, 34, pernah dikaitkan dengan beberapa jejaka sejak bercerai dengan suaminya pada 2012 dan hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Suri yang kini berusia tujuh tahun.
sumber: http://www.kepohgiler.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved