Umum mengetahui Nedim mempunyai gelaran `bad-boy` bahkan beberapa gambar panas beliau berkeliaran dilaman sosial namun menurut Nora, itu merupakan pandangan daripada masyarakat yang tidak mengenali dirinya secara peribadi.
"“Label yang diberikan kepadanya itu tidak mempunyai kaitan dengan saya dan saya juga tidak suka untuk menilai seseorang individu itu melalui sejarah silam mereka."
“"Setiap daripada kita mempunyai kisah dan cabaran tersendiri dalam hidup, bagi saya apa yang lebih penting adalah siapa dirinya sekarang, bukan sejarah mereka," katanya lagi.
Walaupun pun Nora Danish tidak mengatakan bahawa dia dan Nedim merupakan pasangan kekasih, namun Nora mengakui bahawa mereka berdua sememangnya mempunyai hubungan akrab.
“Buat waktu ini masing-masing selesa dengan kehidupan dilalui dan secara terus terang, antara kami langsung tiada perbincangan tentang percintaan apatah lagi perkahwinan," tambah Nora yang bakal terlibat dengan teater Bahayanya Wanita penghujung tahun ini.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment