Malang yang menimpa Aliff Aziz baru-baru ini. Tapi kali ini bukan cerita pasal masalah disiplin Aliff tetapi kisah muntah darah. Tak salah Syed kejadian muntah darah itu berlaku ketika orang sibuk menyambut 1 Muharam, Selasa lalu. Mahu tak terkejut sebab orang tengah sibuk tunggu siapa tokoh Maal Hijrah, Aliff pula menderita muntah darah.
Kalau ikut sumber yang bercerita pada admin, pada mulanya Aliff hanya ke klinik selepas beberapa kali muntah. Bila sampai klinik, mereka cadang kes tersebut dirujuk ke hospital.
Nasib baik pengurusnya menemani Aliff sepanjang malam sehingga dia selesai pemeriksaan doktor. Kalau tak salah Admin penyanyi lagu Jangan Ganggu Pacarku itu sepatutnya ditahan di wad.
Iyalah kalau dah muntah darah, itu bukan perkara main-main. Takut ada macam-macam komplikasi yang melibatkan organ dalaman yang tak boleh nampak dengan mata kasar.
Tetapi dia berkeras nak balik juga malam itu sebab nak bersama keluarga dan berubat di Singapura.
Admin tertanya-tanya juga apa dah jadi pada Aliff. Ada juga mulut-mulut jahat cakap Aliff kena buatan orang! Minta dijauhkan perkara itu.
Mungkin ada perkara lain yang buat dia sakit macam itu sekali. Lagipun siapa pula nak pedajal Aliff dengan perkara syirik macam itu. Tak gitu?
Cuma sekarang Admin tak tahu apa status terkini Aliff selepas dia pulang ke Singapura. Harap-harap dia akan pulih seperti sedia kala dan dijauhkan daripada perkara tak baik.
sumber: http://budaksid.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment