Allahyarham pelakon Ahmad Busu, 60, sempat menunaikan hasratnya untuk bertemu sanak-saudara dan rakan-rakan rapatnya di Perak sebelum meninggal dunia pada Ahad malam.
Anak kedua Allahyarham, Mohd Afiq Ahmad Busu, 28, berkata, Allahyarham meminta untuk bertemu dengan saudara terdekat mereka yang masih tinggal di negeri tersebut pada minggu lalu.
"Pemergian ayah memang tidak dijangka, dia seperti biasa sahaja dan tiada pula menunjukkan apa-apa sikap lain.
"Namun pada minggu lalu dia ada meminta kami untuk membawanya ke Perak untuk bertemu dengan keluarga dan saudara mara kami yang masih lagi berada di sana, " ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Tambahnya, Allahyarham turut memberi pesanan terakhir kepadanya dan adik beradik yang lain agar sentiasa menjaga ibadah dan tidak meninggalkan solat.
Sementara itu, jelas Afiq, Allahyarham dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini sejam sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat angin ahmar.
"Ayah tidak menghidap apa-apa penyakit sebelum ini, dia hanya demam biasa pada Sabtu lalu dan kami bawanya ke hospital semalam (Ahad) selepas keadaan demam yang semakin teruk dan kesukaran bernafas.
Ahmad Busu (dua dari kiri) bersama para pelakon dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada tahun 1980-an.
"Sebelum ini, pada tahun 2009 dia pernah dimasukkan ke hospital akibat diserang strok," ujarnya.
Pelakon yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tudengan memegang watak sebagai Mat Deris meninggal dunia selepas Maghrib iaitu kira-kira pukul 7. 05 malam pada Ahad.
Allahyarham dikenali dengan watak Mat Deris dalam sitkom Pi Mai Pi Mai TangTu dan memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada 1978.
Jenazah disembahyangkan di Surau Seri Andalas dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, kira-kira pukul 11.30 pagi Isnin.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Seri Mohamad, 54, dan empat orang anak iaitu Nur Hamizah, 24, Mohd Afiq, 23, Muhammad Luqman, 16, dan Nur Hanis, 5 tahun.
Sementara itu Bernama melaporkan, Allahyarham sering membaca al-Quran walaupun tidak bermaya akibat menghidap diabetes.

Seri Mohamad menyiram air mawar di pusara suaminya, Ahmad Busu.
Allahyarham juga menganggap dia seperti ‘Pelajar ITM’ iaitu ‘ibadat menunggu mati’.
"Dia selalu sakit sejak akhir-akhir ini namun pada saya, kesakitan itu yang buat dia lebih banyak beribadah... ibarat dia tahu yang dia dah nak pergi,” kata Seri Mohamad.
Katanya, arwah juga menyatakan amat ingin berjumpa kawan-kawan lamanya.
"Bila arwah selalu sangat kata nak jumpa kawan-kawannya, saya rasa lain tapiAlhamdulillah, semasa cuti Deepavali, dapat juga arwah balik kampung di Taipingdan sempat jumpa kawan-kawan sekolahnya," katanya.
Antara rakan artis yang hadir menziarahi jenazah ialah Imuda, penyanyiNash, Bob Lokman, Datuk Jamali Shadat, Datuk DJ Dave dan Datuk Baharuddin Omar.

sumber: http://mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment