Hubungan Kamal Adli dan Fizo Omar bukan sekadar rakan seangkatan tetapi juga sudah lama berkawan rapat sejak mereka berdua mula menceburkan diri dalam industri hiburan tanahair.
Namun, nampaknya Fizo terlebih dulu menamatkan zaman bujangnya sedangkan Kamal sudah lama menyulam cinta dengan pelakon Intan Ladyana. Pernikahan Fizo Omar sedikit sebanyak memberi cabaran kepada dirinya untuk segera berumahtangga.
Biarpun hubungan cintanya bersama Intan sudahpun berjalan hampir 5 tahun namun Fizo lebih pantas memintasnya dan berkahwin dengan gadis yang baru sahaja dikenali. Oleh itu, Kamal meletakkan target untuk berkahwin selewat-lewatnya dua tahun dari sekarang.
“Perkahwinan Fizo ni lebih kurang macam panggilanlah untuk saya. Saya sebenarnya tercabar tengok dia kahwin dulu. Insya-Allah kalau ada rezeki, saya juga akan berkahwin. Tapi bukan dalam masa terdekat ni.
“Saya sebenarnya beri diri saya masa dua tahun untuk mempersiapkan diri dan melengkapkan apa yang sepatutnya sebelum menjadi seorang suami. Saya baru 27 tahun dan saya faham usia Intan yang lebih tua adakalanya membuatkan orang menyuruh kami mempercepatkan perkahwinan. Tapi bagi saya usia tak penting, sebaliknya persediaan untuk menjadi isteri dan suami itu yang sepatutnya diambil kira.” jelas Kamal.
Kamal Adli merupakan salah seorang daripada 7 orang pelakon lelaki yang lain bertindak sebagai ‘dulang boy’ semasa berlangsungnya pernikahan Fizo Omar Ahad lalu.
sumber:http://ohartis.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment