Begitulah info yang diterima dari sebuah blog politik. Menurut blogtersebut, semuanya terjadi setelah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menerima aduan mengenai perkara tersebut dari sebuah parti politik pembangkang di Malaysia dan mereka bakal membuat keputusan mengenai nasib pemain negara merangkap pasukan JDT itu pada bila-bila masa dari sekarang.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, pada 30 Oktober yang lepas, berkata bahawa FAM telah menghantar surat penjelasan mengenai perkara tersebut kepada AFC dan Mat Yo juga telah memberikan penjelasan beliau kepada FAM.
Berdasarkan peraturan empat, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (kelengkapan pemain), mana-mana pemain tidak dibenarkan menayangkan apa-apa mesej sensitif berkaitan politik, agama mahupun komersial ketika berlangsungnya sesebuah perlawanan bola sepak.
sumber: Kezoom
{ 1 comments... read them below or add one }
apasal biadap pulak....dia berasa bangga ... kerana Allah bersama dia sentiasa....soal peraturan .....itu hal lain....
10 November 2013 at 14:42
Post a Comment