Kilafairy mahu sembunyi daripada kontroversi

[x]

Kilafairy mahu sembunyi daripada kontroversi

on Sunday, 17 November 2013

LELAKI kacak bernama Hardy Hartono ini sudah dua tahun bergelar lelaki istimewa di hati Kilafairy.

Menggoda merupakan satu perkataan terbaik untuk menggambarkan karakter wanita seksi bernama Syakila Nisha Jangir Khan yang selesa disapa Kilafairy itu. Sejak mula menjadi penyeri dunia hiburan, kehadirannya sentiasa mengundang perhatian ramai.

Di sebalik rentetan kisah sensasi yang menghimpit langkahnya, anak kelahiran Kuala Lumpur itu sedang mengatur banyak strategi. Masa depan yang sedang ditangani perlukan sebuah strategi.

Pembabitannya dalam dunia seni lakonan tanah air masih lagi baharu, namun pelakon ini tetap berusaha untuk membuktikan kehadirannya tetap meninggalkan kesan yang positif dalam menyampaikan watak.

Dalam mengejar cita-cita yang diidamkan, dia juga tidak pernah lari daripada kontroversi. Malah Kilafairy sentiasa berani mencabar dirinya termasuk mengambil risiko untuk membuka sebuah butik pakaian bersama kakaknya yang kini sudah lebih setahun beroperasi.

"Rack yang beroperasi di USJ City Mall mendapat sambutan menggalakkan tetapi kami juga menerima tempahan melalui online di www.wearerack.com.

"Malah, saya bercadang untuk meluaskan empayar perniagaan agar butik saya terus maju dan berjaya. Selain itu, saya juga dalam perancangan untuk membuka sebuah studio penggambaran sendiri bagi memudahkan urusan pengambilan foto pakaian butik saya serta boleh dijadikan sebagai hasil pendapatan. Studio tersebut akan disewakan kepada khalayak," ujar gadis yang pernah membintangi filem Karak arahan Yusry Abdul Halim.
sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved