Gambar Hiasan
Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, Mohd Rizal Kamarulzaman,16, mendakwa pergi ke rumah guru lelaki itu yang terletak berhampiran asrama untuk meminta kebenaran keluar bersama ibu bapanya.
“Saya mengetuk pintu rumah warden itu sebanyak tiga kali sebelum mendengar dia menjerit meminta saya menunggu sebentar.
“Sebaik membuka pintu, dia terus memarahi saya kerana mendakwa tidak sabar menunggu dan menampar muka saya enam kali sebelum menandatangani surat kebenaran keluar asrama,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kota Indah di sini, semalam.
Mohd Rizal berkata, warden terbabit kemudian menyuruhnya membasuh muka dan meminum air untuk membolehkan dia menenangkan diri, sebelum memintanya merahsiakan perkara itu.
Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan pipinya sakit dan telinga kanan berdengung sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Tampin, dekat sini.
sumber: http://www.bharian.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment