Kemuadian keluar pula kenyataan yang Nas Adila menafikan perkara tersebut manakala Jamal Abdillah pula mengambil pendekatan berdiam diri.
Bagaimanapun, beberapa hari lepas, menerusi sebuah akhbar tempatan, Jamal dikatakan memberi kenyataan bahawa dia terpikat dengan kelembutan wanita itu dan Nas pula mengatakan Jamal sebagai lelaki yang matang untuk dijadikan suami.
Namun begitu, Jamal yang ketika itu ditemui wartawan berkata,
Sebenarnya saya dapat banyak pengajaran daripada kejadian ini. Namun, sebelum itu saya ingin menafikan dan bersumpah dengan nama Allah, saya tidak ada apa-apa hubungan dengan dia. Tambahan, tentang bertunang dan merisik semuanya tiada.
Saya juga dapat maklum balas daripada peminat-peminat saya dan semua orang, jadi saya nampak kejadian ini telah membuatkan saya membuka mata bahawa betapa sayangnya mereka pada saya. Ini sebenarnya, kasih sayang mereka pada saya, memberi pandangan, nasihat serta sebagainya. Saya bersyukur sebenarnya.
Dalam pada itu, Jamal turut menyatakan rasa pelik beliau dengan gosip dirinya itu. Tambah beliau lagi,
"Itu yang saya juga tidak tahu punca dari mana yang mengatakan tentang perkara merisik ini tetapi jika kerisik memang saya selalu makan (ketawa)."
sumber: Kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment