Desas-desus mengenai pelakon dan pelawak Zizan Razak menjalinkan hubungan cinta dengan aktres yang semakin meningkat naik namanya, Emma Maembong bukan lah baru. Tambahan sejak beberapa bulan lalu timbul berita kemesraan masing-masing menerusi laman twitter sekaligus menguatkan lagi spekulasi tersebut. Terbaru, dengarnya mereka dikatakan sudah berani keluar makan berdua-duaan, betul ker?
Bertemu dengan pelakon yang mula dikenali menerusi drama Kau Yang Terindah itu petang semalam, Emma berkata dia semakin rapat dengan Zizan. Malah gadis kacukan Melayu-Scotland ini mengakui mereka pernah keluar makan dan menonton wayang bersama.
“Saya dan Zizan memang rapat. Saya sebolehnya tak mahu besar-besarkan hal ini. Memang, kami ada keluar makan dan pergi tengok wayang tapi kami tidak keluar berdua saja. Sebaliknya dengan beberapa teman dan pengurus kami juga ada bersama. Mungkin disebabkan kami berdua artis dan dikenali, jadi orang hanya nampak kami berdua saja. Padahal kami keluar beramai-ramai”, katanya kepada pihak media ketika ditemui pada sidang media drama Sweetheart Fantasia
Belajar dari pengalaman lalu, Emma berkata dia kini lebih berhati-hati sekiranya ingin berkongsi mengenai hal peribadi terutama hal percintaannya kepada umum. Ini kerana dia tidak mahu ada pihak yang membuat spekulasi kononnya dia hanya mahu mengejar publisiti dengan cerita-cerita gosip cinta dan kontroversi berbanding kerja-kerja lakonannya.
“Dulu masa awal-awal masuk dalam industri, saya mengaku dan berkongsi dengan semua yang saya sudah ada teman lelaki. Sebab ketika tu bagi saya, saya tak kisah. Lagipun semua orang ada pengalaman jatuh cinta. Tapi bila saya mengiyakan, ramai orang mula bosan. Ada yang kata saya nak popular hanya kerana kisah cinta, kontroversi dan nak kejar glamor saja.
“Jodoh tu hal peribadi dan biarlah ia jadi misteri. Kalau saya dah betul-betul serius dalam satu hubungan (cinta) tu, saya akan kongsikan dengan semua. Saya tak akan sorok.
Jadi buat masa sekarang saya ambil langkah, biar lah saya saja yang tahu.
Pada pandangan penulislah, dedahkan jer lah kalau dah bercinta secara senyap, takyah lah nak sorok sorok buat peminat bosan jer nanti sandirwara yang artis buat nie. Lagi pun penulis rasa anda berdua memang sesuai pun.
sumber:http://aiskosong.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment