Rumah tangga pelakon utama filem I Am Legend itu bersama isteri, Jada Pinkett dikatakan sedang dilanda masalah.
Malah lebih daripada itu, ada berita mengatakan bahawa Smith pernah mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Seperti yang dilaporkan oleh portal hiburan showbizspy, Smith dikatakan telah menjalinkan hubungan bersama rakan pelakon yang turut membintangi filem Focus, iaitu Margot Robbie.
âSewaktu menghadiri sebuah majlis yang diadakan di New Orleans, Amerika Syarikat pada bulan lalu, mereka kelihatan amat intim.
âKeintiman yang dipaparkan itu bukan sekadar hubungan antara rakan sekerja tetapi lebih daripada itu. Mereka seperti pasangan yang sedang bercinta,â jelas sumber tersebut.
Tambah sumber yang mengaku berada di tempat kejadian, tindakan Smith pada malam itu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya, apatah lagi dengan statusnya sebagai seorang lelaki dewasa yang sudah berkahwin.
Meskipun dengan pelbagai berita dan gambar kemesraan Smith dan Robbie tersebar meluas, masih belum ada sebarang komen rasmi daripada wakil mana-mana pihak berhubung kontroversi terbabit.
sumber: http://www.utusan.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment