Siti Nurhaliza nasihat KJ jangan biadap di tweeter

[x]

Siti Nurhaliza nasihat KJ jangan biadap di tweeter

on Tuesday, 12 November 2013



 "Sebagai menteri muda & being look up rasanya KJ perlu menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. Lantang tak perlu biadap dengan yang lebih tua."
Itu status Twitter penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza sebenatr tadi menegur Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin (KJ).

Teguran itu ada kaitan dengan kenyataan-kenyataan KJ mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak kebelakangan ini termasuk mengaitkan bekas skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir sebagai 'budak suruhan' persatuan sukan itu.
Sebelum itu, KJ membidas Nasir yang didakwa membela FAM dan berpendapat orang luar jangan campur tangan dalam 'peperangan' beliau dengan FAM.

“Jika beliau (Jamal) bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur,” kata Khairy ketika sidang media selepas melakukan lawatan rasmi ke Majlis Olimpik Malaysia kelmarin.

Bagaimanapun, Jamal menafikan beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM seperti didakwa Khairy, sebaliknya menegaskan yang tindakannya hanya mahu meluahkan rasa kecewa terhadap menteri muda itu yang berterusan mengkritik FAM.
sumber: http://perakgempor.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved