Yuna Terkilan Lagu Diguna Pakai Tanpa Kebenaran

[x]

Yuna Terkilan Lagu Diguna Pakai Tanpa Kebenaran

on Monday, 11 November 2013



Penyanyi Yuna meluahkan rasa terkilan apabila judul lagu dan lagunya , ‘Terukir Di Bintang’ diguna pakai oleh sebuah penerbitan drama tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.

Menurut Yuna, tidak ada mana-mana pihak yang menghubunginya mahupun pihak pengurusannya untuk mendapatkan kebenaran menggunakan lagu ciptaannya itu.

‘Sebelum ini ada produksi yang menggunakan lagu ‘Dan Sebenarnya’ untuk drama mereka. Tetapi mereka menggunakan cara yang betul. Mereka maklumkan kepada saya dan mereka membayar hak cipta kepada saya. Tapi kali ini, tidak ada sesiapa pun yang menghubungi saya. Saya dapat tahu pun apabila ada peminat yang ‘tweet’ perkara ini.

Sebagai pencipta dan penyanyi lagu ini, pasti saya rasa kesal kerana perkara sebegini masih lagi berlaku. Saya mungkin boleh bertolak ansur atau buat tak kisah, tetapi tindakan pihak terbabit tidak bagus untuk industri muzik. Saya harap pihak stesen televisyen akan lebih berhati-hati pada masa hadapan,” ujar Yuna ketika ditemui baru-baru ini.

Drama bersiri ‘Terukir Di Bintang’ merupakan arahan Jamal Khan yang kini bersiaran di Slot Akasia, TV3. Drama 15 episod ini menampilkan Tasha Shilla dan Wan Elyas sebagai teraju utama dan turut dibintangi oleh pelakon-pelakon lain seperti Shiha Mentor, Kamal Adli, Talha Harith dan ramai lagi.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved