Bung Mokhtar Akui Bawa Pistol

[x]

Bung Mokhtar Akui Bawa Pistol

on Wednesday, 2 October 2013

Dari mati ditembak, baik saya mati ketika menembak katanya semasa Perbahasan di Parlimen

 Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengaku bawa pistol untuk tujuan keselamatan dan perlindungan diri berikutan peningkatan kadar jenayah, kebelakangan ini.

Beliau mendedahkannya ketika sesi perbahasan usul pindaan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 dalam sidang Dewan Rakyat, di sini, semalam.

"Ketika Ordinan Darurat masih ada, saya tidak rasa takut. Namun, kini jenayah bunuh semakin meningkat sejak undang-undang tersebut dihapus.

"Saya terpaksa bawa pistol walaupun agak berat. Daripada saya mati ditembak, lebih baik saya mati ketika bertembak," katanya.

Menurutnya, rakyat berasa selamat sekiranya pindaan Akta Pencegahan Jenayah dilaksanakan, sekaligus menyokong undang-undang yang membantu polis tangani jenayah terancang.
sumber : http://celahgelegar.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved