Lemas Terjunam Ke Parit Besar

[x]

Lemas Terjunam Ke Parit Besar

on Tuesday, 1 October 2013



Ledang: Seorang lelaki lemas selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke parit besar di kawasan kebun kelapa sawit di Felda Sri Jaya, Bukit Serampang

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, Mohd Fauzi Jamal, 34, memandu kereta Honda Civic berseorangan dipercayai lemas selepas terperangkap di dalam keretanya yang terbalik di dalam parit berkenaan.

Kejadian itu hanya disedari penduduk Felda berkenaan yang kebetulan melalui kawasan itu jam 8 pagi, apabila melihat keempat-empat tayar kereta terbalik ke atas.
Difahamkan, penduduk berkenaan cuba mencari pemandu kenderaan itu di kawasan berhampiran namun gagal menemuinya.


Kenderaan mangsa ditarik ke tepi tebing dari parit sedalam tujuh meter.
Mereka menghubungi polis dan bomba untuk memaklumkan kejadian.
sumber : http://harrydika.blogspot.com/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved