Gosip Suami Bertatu Tak Jejas Rumahtangga Nadiya Nissa

[x]

Gosip Suami Bertatu Tak Jejas Rumahtangga Nadiya Nissa

on Tuesday, 26 November 2013

 Nadiya Nissa memberitahu gosip mengenai suaminya yang dikatakan mempunyai tatu langsung tidak menjejaskan kebahagiaan rumah tangga mereka.

Nadiyatul Nisaa, 28, bagaimanapun berharap isu berkenaan tidak berpanjangan kerana suaminya tidak ada kena mengena dengan dunianya sebagai seorang selebriti.

"Gosip sebegini tidak memberi kesan kepada hubungan kami kerana dia faham dengan situasi saya sebagai artis namun apa yang saya bimbangkan kerana isu tersebut akan timbul cerita lain selepas ini.

"Saya berharap cerita tersebut berpanjangan selepas ini," katanya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan sama, Nadiya berkata, dia enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut bagi pihak suaminya kerana perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga.

"Saya tidak mahu mengulas mengenai gambar tersebut kerana banyak hati yang perlu saya jaga apabila isu tersebut ditimbulkan.

"Tambahan pula suami saya bukan pelakon dan dia tidak terlibat dalam dunia seni jadi tidak perlu saya mengulas mengenai gosip itu," katanya.

sumber:kezoom




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved