Sofi Jikan Nekad Tinggalkan Bidang Lakonan

[x]

Sofi Jikan Nekad Tinggalkan Bidang Lakonan

on Tuesday, 12 November 2013

Sofi Jikan

Pelakon Sofi Jikan tetap mengotakan janjinya untuk meninggalkan bidang lakonan selepas patah hati dengan situasi industri perfileman di negara ini.

Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 43, berkata, dia kecewa apabila pelakon sepertinya masih lagi dipandang rendah dengan diberi watak stereotaip selain bayaran yang tidak setimpal dengan usahanya.

"Saya sudah terlibat dalam bidang seni sejak tahun 1995 dan pernah melakukan pelbagai kerja belakang tadbir sebelum bergelar pelakon tetapi keadaan masih tidak pernah berubah.

"Jujurnya memang saya patah hati dengan keadaan industri perfileman hari ini dan saya nekad untuk meninggalkan dunia lakonan," katanya kepada mStar Online.

Sofi ditemui ketika majlis perasmian filem Hantu Tok Mudim di Pertubuhan Rumah Pendidikan Anak Yatim Selangor di sini pada Isnin.

Filem arahan Wan Hafiz itu menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, AR Badul, Harun Salim Bachik dan Adrea Abdullah.

Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 15 November ini.


Dalam perkembangan sama, Sofi berkata, bukan mudah untuk dia membuat keputusan tersebut namun dia tidak dapat bersabar lagi dengan keadaan industri perfileman yang semakin hancur.

Pun begitu kata Sofi, dia hanya akan sudi berlakon kembali sekiranya jalan cerita dan watak ditawarkan mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.

"Sampai bila saya hendak berlakon sebagai gengster? Adakah setakat itu sahaja bakat lakonan saya?," soalnya.

Jelas Sofi lagi, dia juga telah menubuhkan syarikat produksi sendiri iaitu 1Man Film Sdn Bhd dan berhasrat untuk menerbitkan karyanya sendiri selain mahu bergelar pengarah.

Mengulas mengenai lakonannya dalam filem Hantu Tok Mudim, Sofi berkata dia tertarik untuk berlakon dalam karya itu kerana peranannya sebagai Lebai Kulup sarat dengan elemen komedi dan romantik.

Jelas Sofi, walaupun ia watak antagonis namun korektornya berkembang sehingga dia berjaya mencari sisi lain dalam dirinya sebagai pelakon.

"Jarang saya dapat peranan komedi sebegini dan peluang diberikan saya ambil kerana ia adalah sebuah filem komedi dan pada masa sama saya perlu menterjemahkan sifat romantik pada karakter Lebai Kulup," katanya.

Dalam pada itu, Sofi berkata, walaupun tidak lagi berlakon namun selepas ini dia ingin bergiat aktif dalam bidang muzik sebagai penyanyi.

Malah katanya, dia telah pun merakamkan sebuah single bersama kumpulan Aisunam berjudul Madu dan yakin dapat diterima sebagai penyanyi.

"Selepas ini saya ingin buat kemunculan semula sebagai penyanyi kerana sebelum ini saya memang berhasrat untuk menjadi penyanyi," katanya.
sumber: http://mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved