Stesen TV Punca Lahirnya Artis 'Keledek Basi'

[x]

Stesen TV Punca Lahirnya Artis 'Keledek Basi'

on Tuesday, 12 November 2013

Zizan Razak merupakan pengacara Melodi (TV3) tetapi turut menjadi hos Akademi Fantasia 2013 di Astro Ria.

ADOIII…

SAYA berkesempatan untuk minum petang dengan seorang artis lelaki bersama pengurusnya di sebuah kedai mamak depan pejabat saya beberapa hari lalu.

Artis lelaki ini seorang yang mempunyai cita-citanya dan masa depan yang tinggi. Dia bukan sahaja ingin berjaya sebagai penyanyi dan pelakon malah dalam bidang pendidikan.

Saya amat gembira melihat kesungguhannya untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dengan harapan untuk menjadi pendidik dalam melahirkan lebih ramai graduan seni yang benar-benar berkualiti.

Semuanya selepas dia kecewa dengan dunia hiburan termasuklah saluran televisyen dan radio yang hanya mengejar rating semata-mata.

Artis sepertinya yang berbakat dan berwawasan juga turut melalui pengalaman didiskriminasikan oleh pemilik stesen TV dan radio.

Namanya juga pernah digugurkan oleh stesen TV selepas dicadangkan oleh syarikat produksi yang mahu mengambilnya berlakon.

Alasan diberi oleh stesen TV, setiap pelakon yang mahu membintangi slot drama terbitan mereka perlulah terdiri daripada mereka yang mampu menaikkan rating.

Sebab itulah ramai produser sekarang mengeluh dengan peraturan tidak masuk akal stesen televisyen apabila stesen sendiri yang memilih pelakon sehingga menyebabkan peluang kepada orang lain menjadi terbatas.

Akhirnya artis-artis yang kononnya mempunyai rating tinggi itu jadilah seperti ‘keledek basi’ yang berpunca daripada peraturan stesen televisyen itu sendiri.

Saya bagi satu contoh yang mudah. Jika anda menonton rancangan Melodi (TV3) pada hari Ahad bersama Zizan Razak, pada malam yang sama juga anda akan menonton Zizan menerusi Akademi Fantasia 2013, di saluran Astro Ria.

Ia belum lagi anda menonton Zizan menerusi beberapa siri siaran ulangan rancangan lawak di saluran milik Astro yang lain.

Pendek kata, bukalah saluran mana sekali pun kita akan menonton wajah artis yang sama gara-gara stesen TV mengejar rating.

Peraturan ini sebenarnya cuba menyekat bakat artis-artis lain selain kegagalan untuk melahirkan lebih ramai pelapis.

Kesan buruk apabila artis yang sama diberi ruang akan menyebabkan orang berasa muak melihat muka-muka ‘ulang tayang’.

Sebab itu saya katakan... jika stesen TV tidak menghapuskan peraturan ini, saya percaya artis keledek basi yang dilahirkan oleh stesen TV.

Stesen-stesen inilah punca segala-galanya.

NIEZAM: Terkejut dengar cerita seorang chef selebriti yang tak beberapa nak menjadi hidang ubi rebus kelapa basi kepada seorang wartawan.
sumber:http://mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved