
Untuk info, Black dan Cira Khairi terlebih dahulu terbang ke Langkawi untuk pra bulan madu selama beberapa hari sebelum bertolak ke Korea pada 23 September yang lalu.

Sungguh bertuah pasangan ini kerana percutian bulan madu mereka di Korea itu dipercayai mendapat liputan pihak produksi program Romantika terbitan Astro.

Sepanjang berada di sana, pengantin baru ini tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan cinta mereka di Love Locks, salah sebuah destinasi terkenal untuk dilawati di Korea.

Pastinya bulan madu kali ini merupakan percutian yang paling indah. Di samping berpeluang terserempak dengan pelakon antarabangsa, Brian Tee, Black Mentor dan Cira juga dapat menikmati makan malam romantik di Restoran Mentari milik rakyat Malaysia.



Dalam pada itu, menerusi Instagram beliau, Black ada menyatakan sesuatu dengan caption berbunyi,
Please t.note..sye hanya ada inta n fb yg fans seramai lbh kurang 240k..itu yg official..tq..

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment