Budak 5 tahun Parah Jatuh Dari Tingkat 2

[x]

Budak 5 tahun Parah Jatuh Dari Tingkat 2

on Sunday, 24 November 2013

Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas terjatuh dari aras dua sebuah kompleks beli-belah yang baru dibuka, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, Javier Koh Bo Han, 5, dikatakan leka bermain dengan abangnya berdekatan eskalator sebelum tiba-tiba terjatuh. Mangsa cedera teruk di seluruh tubuhnya, terutama kepala.

Difahamkan, kanak-kanak itu ke kompleks berkenaan bersama ibu bapa, nenek dan bapa saudaranya.

Bapa saudara mangsa yang enggan dikenali, berkata ketika kejadian mereka sekeluarga berehat di kerusi disediakan berhampiran eskalator itu.

Katanya, mangsa bersama abangnya yang berusia lapan tahun bermain dan bergurau berdekatan kawasan itu.

“Saya tegur Javier dan abangnya supaya duduk diam, namun mereka terus bermain. Tiba-tiba terdengar jeritan orang ramai memberitahu ada kanak-kanak jatuh.

“Kejadian terlalu pantas, saya cuba mencari anak saudara saya tetapi yang kelihatan cuma abangnya. Kemudian, saya nampak Javier terbaring di ruang legar bawah tidak sedarkan diri,” katanya.

Difahamkan, mangsa terpegang pemegang eskalator yang bergerak menyebabkan kanak-kanak malang itu gagal mengimbangkan badan sebelum terjatuh.

Sepasukan anggota paramedik bersama sebuah ambulans dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Samarahan dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat.

Kanak-kanak itu diberikan bantuan kecemasan sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching bagi mendapatkan rawatan lanjut.
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved