Pada konsert ketujuh #AF2013, pengacara Zizan Razak telah bertanya kepada Adira, siapakah yang membawanya hadir ke konsert pada malam itu?
Terkejut beruk juga penulis bila mendengar jawapan Adira yang mengatakan pertanyaan tersebut sebagai mencarut.
Sepatutnya, Adira kena tahu bahasa yang digunakan kerana #AF2013 ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
Dalam pada itu, penulis tertanya mengapa sebenarnya Adira mengatakan Zizan mencarut terhadapnya. Apa yang penulis tahu soalan tadi penulis yakin bahawa Zizan hanya perli Adira yang sering digosipkan dengan ramai artis lelaki, itu sahaja.
Penulis ada mendengar khabar angin yang mengatakan Adira hadir bersama Hafiz malam itu. Huh betul ke? Tapi kalau betul tak salahkan?
Tanda tanya ini terhasil apabila ada gambar Hafiz dan Adira yang membuatkan peminat kurang senang. Dalam gambar berkenaan, Hafiz telah memeluk Adira dengan mesranya.
Dari gambar tersebut, mungkin benar Hafiz dan Adira datang ke konsert bersama Ahad lalu. Atau mungkin jua mereka sudah menjalin cinta semula sebelum ini berpisah bukan kerana pertelingkahan.
Walauapapun kisah mereka, merujuk pada gambar diatas, sepatutnya Hafiz mahupun Adira perlu menjaga batas batas ketika bergambar, kerana ini bakal menimbulkan pelbagai andaian oleh pihak umum.
sumber: http://aiskosong.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment