Afdlin & Hans Kini Perang Dingin?

[x]

Afdlin & Hans Kini Perang Dingin?

on Sunday, 24 November 2013

Berita Harian hari ini menerusi Raja Nurfatimah Mawar membongkar dua sahabat iaitu Afdlin Shauki dan Hans Isaac yang dulunya akrab kini seakan berperang dingin.

Menurutnya, hubungan mereka telah menjadi buah mulut orang dalam industri hiburan. Khabarnya Afdlin berasa jauh hati dengan sikap Hans. Tambah Raja lagi, ketika berada dalam keadaan susah dan tersepit, Hans langsung tidak mahu membantu Afdlin.

Menurut Raja lagi, baru-baru ini dalam teater muzikal Supermokh, projek yang di arahkan oleh Hans, selalunya nama Afdlin jarang tertinggal, tak kiralah watak kecil atau besar. Begitu juga dalam Lawak Ker Der 3, nama Afdlin juga sudah tidak kelihatan.

Selain itu, menurut Raja lagi, beberapa pelawak terkenal juga telah menjauhkan diri dari Hans. Tak tahulah kenapa, mungkinkah ada diantara mereka yang tidak berpuas hati dengan Hans?

Apapun, diharap semuanya itu tidak benar dan mungkin Afdlin dan Hans sedang sibuk dengan projek masing-masing sehingga agak sukar untuk mereka kembali bersama seperti dulu.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved