Namun menurut sebuah portal, penyanyi dangdut Ani Mayuni telah bergelek sakan biarpun menyedari majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Menurut sumber, persembahan yang diberikan penyanyi itu memang mantap tetapi telah diberikan secara berlebihan sehinggakan ada sesetengah tetamu yang hadir tidak berapa berkenan dengan gelekannya itu.
Gaun berwarna perak yang dipakai oleh Ani juga menjadi perbualan apabila dikatakan tidak sesuai kerana begitu menyerlahkan bentuk badannya.
Diharapkan Ani dapat menerima teguran dan selepas ini menjadi lebih peka dengan kehadiran tetamu kehormat supaya persembahannya tidak kelihatan janggal dan berlebihan di sesebuah majlis itu.
sumber: -Mynewshub
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment