Kongsi Gambar Cincin Di Jari, Status Adira Jadi Persoalan Ramai

[x]

Kongsi Gambar Cincin Di Jari, Status Adira Jadi Persoalan Ramai

on Friday, 1 November 2013

Kalau anda seorang selebriti yang masih single, sedang dikaitkan dengan seseorang dan pernah bercinta, Abang Nara nasihatkan tak payah la kongsikan gambar-gambar cincin, subang, rantai leher dan yang sama waktu dengannya. Pasti orang terus tertanya-tanya mengenai status anda. Itulah yang sedang terjadi kepada Adira.

Gambar cincin di atas telah dikongsikan oleh Adira menerusi akaun Instagramnya. Terus peminat-peminat membuat andaian bahawa Adira telah bertunang atau telah dirisik oleh kekasih hatinya. Andaian tersebut dikuatkan pula apabila Shahrul Nasrun Kamarudin (Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBB1M)) menulis komen di bawah pada gambar tersebut.
I LOVE you sayang. See u later


Akan tetapi baru-baru ini juga Adira dilihat bergambar agak mesra dengan bekas kekasihnya Hafiz. Adakah hubungan Adira dengan Hafiz sudah kembali pulih? Atau sememangnya cincin tersebut adalah pemberian Shahrul? Hanya Adira sahaja yang tahu jawapannya. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada Adira.
sumber: http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved