Nafi Guna 'Orang Dalam' Untuk Raih Populariti

[x]

Nafi Guna 'Orang Dalam' Untuk Raih Populariti

on Friday, 1 November 2013

Jika menyebut nama Zara Zya, pasti ada yang masih tidak mengenali siapakah gerangannya empunya nama. Tapi jika menyebut nama Zaara Amirah, peranan utama dalam drama bersiri slot Akasia yang kini digemari ramai, ‘Love You Mr. Arrogant’ (LYMA) siaran TV3, pastinya ramai yang mengenalinya.

Siri yang kini menjadi fenomena itu mendapat sambutan sangat menggalakkan. Memegang rekod tersendiri di media sosial dengan drama bersiri itu menjadi trending di Twitter hampir setiap episod, pastinya ramai beranggapan Zara Zya merupakan pelakon baru, sedangkan dia sebenarnya telah berkecimpung selama hampir 10 tahun dalam industri hiburan.

“Saya sudah hampir 10 tahun bergelumang dalam bidang seni dan saya betul-betul serius dalam tiga tahun kebelakangan ini. Namun begitu, tawaran yang saya dapat tidak begitu konsisten. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tidak. Namun begitu, semenjak drama Supermak (TV3), Wasiat (Astro Prima) dan Tanahmerah (ntv7), rezeki saya semakin murah. Kini saya tampil dengan drama bersiri Puteri Malam (TV9) dan drama bersiri yang betul-betul memberikan impak kepada saya adalah LYMA. Saya bersyukur kerana saya dapat capai sasaran peribadi saya,” jelas pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini.

Ketika ditanya apakah perasaannya apabila namanya kian dikenali ramai, Zara menjelaskan yang dia berasa lega dan bersyukur namanya kini mula meniti di bibir peminat atas hasil usahanya sendiri. Tidak mahu terlalu teruja, Zara menjelaskan yang sasaran peribadinya adalah dia mahu namanya dikenali oleh masyarakat menerusi bakatnya.

“Sebelum ini saya bersabar untuk menaikkan nama. Saya tidak mahu ambil jalan pintas untuk naik dan saya pun bermula dari bawah untuk menggilap mutu lakonan saya. Syukur kerana sekarang peminat menerima karya saya. Setakat ini, maklumbalas yang saya terima adalah positif,” tutur gadis manis berusia 28 tahun ini.

“Pada mulanya, saya agak takut dengan drama bersiri LYMA kerana masa kami masih lagi dalam set penggambaran, drama tersebut sudah pun disiarkan di kaca televisyen. Saya gusar drama itu tidak akan mendapat sambutan. Namun begitu saya amat berbesar hati orang dapat menerima drama ini,” ujar Zara lagi sewaktu ditemubual oleh GUA baru-baru ini.

“Semua maklum bahawa drama ini merupakan adaptasi daripada novel dengan tajuk sama dan novel LYMA mempunyai peminatnya tersendiri dan ada segelintir peminat yang agak ‘hard-core’. Saya takut ramai pengikut setia novel LYMA tidak dapat menerima apa yang saya sampaikan melalui watak Zaara Amirah itu,” jelas Zara lagi.
Zara juga menegaskan yang dia tidak menggunakan mana-mana jalan pintas ataupun ‘orang dalam’ untuk dia mendapatkan peranan sebagai heroin dalam LYMA di samping Azlee Khairi, Hanez Suraya, Keith Foo dan Anzalna Nasir.

“Ada mulut-mulut jahat yang berkata saya dapatkan watak heroin LYMA dengan menggunakan orang dalam ataupun ‘kabel’ kerana sebelum ini saya kurang dikenali. Tapi dengan penerimaan yang sangat menggalakkan terhadap drama tersebut, saya dapat buktikan bahawa tanggapan itu sebenarnya salah,” tegas gadis yang mahu masyarakat mengenalinya menerusi bakat lakonan.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved