Pelakon yang mula dikenali menerusi filem ‘Papa I Love You’, Zalif Sidek menjelaskan yang dia meletakkan sasaran untuk mengakhiri zaman bujang sebelum usianya 30 tahun.
“Sekarang umur saya 28 tahun. Jadi saya mensasarkan ingin berkahwin sebelum umur saya 30 tahun. David Teo pun pernah berkata kepada saya, jika sudah ada calonnya, jangan disimpan lama-lama. Tapi saya rasakan sasaran untuk berkahwin sebelum usia 30 tahun itu adalah ‘just nice’ bagi saya,” jelas Zalif ketika ditemui usai program Liga Lawak Superstar di Studio Merdeka, FINAS baru-baru ini.
Zalif juga mengulas mengenai status dirinya bersama dengan Nor Shafrina yang dikatakan teman wanita terbarunya selepas dia putus dengan aktres Fida Ibrahim.
“Shafrina bukan teman baru saya, dia merupakan kawan lama yang saya temui semula. Kami merupakan teman sekolah dahulu dan saya berjumpa semula dengannya di laman Instagram. Saya juga ingin menjelaskan yang dia bukanlah teman wanita saya, dia merupakan teman rapat saya buat masa ini.
Sejujurnya, saya sedang mengenali hati budinya. Untuk status sebagai teman wanita itu, saya sukar untuk ulas lanjut. Saya pun tak suka hipokrit. Saya akan cerita kalau saya berkawan dengan sesiapa. Saya tak suka simpan dan sorokkan. David Teo pun ada bertanyakan saya mengenai Shafrina dan David berikan sokongan untuk saya berkawan dengan Shafrina. Jadi sepekulasi orang luar yang menyatakan artis-artis MIG tak boleh bercinta itu adalah salah tafsiran,” kata pelakon filem ‘Aji Noh Motor’ ini lagi.
Pelakon filem ‘Bini-Biniku Gangster’ ini juga menjelaskan yang dia menerima dengan terbuka sekiranya takdir jodohnya adalah bersama dengan Shafrina.
sumber:http://www.gua.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment